PUTRAJAYA: Ramadan merupakan bulan paling istimewa dalam kehidupan umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, peristiwa nuzul al-Quran bukan sekadar kisah penurunan kitab suci itu kepada baginda Rasululllah SAW.
Bahkan, katanya, ia satu intipati bahawa al-Quran bukan sekadar untuk dibaca dan dialunkan sebagai panduan utama dalam kehidupan.
“Justeru sempena bulan mulia penuh keberkatan dan kemuliaan, marilah kita semua meningkatkan ilmu dan ketakwaan kepada Allah kerana semakin kita berilmu dan bertakwa, semakin kita akan insaf dan tunduk kepada keihsanan Allah SWT,” katanya dalam rakaman video sempena hari Nuzul Al-Quran, hari ini. – UTUSAN