SELEPAS melahirkan Aardhya Bachchan 12 tahun lalu, pelakon jelita yang pernah dimahkotakan sebagai wanita tercantik dunia, Aishwarya Rai Bachchan hampir tertekan kerana kenaikan berat badannya.
Pelakon kelahiran Mangalore, Karnataka, India ini puas dimalukan di media sosial, setiap gambarnya dimanipulasi dan dijadikan bahan ejekan.
Tenang berdepan kecaman, Aishwarya sebenarnya antara selebriti dunia yang dijadikan inspirasi kepada mereka yang berdepan situasi sama.
Beliau lantang membicarakan soal body shaming, yang menjadi antara isu global yang menghantui ramai terutama golongan remaja yang sering dibuli hanya kerana berbadan besar.
Kenyataan yang dibuat pelakon lem Devdas ini tidak dibuat untuk mempertahankan dirinya semata-mata, malah sebagai suara untuk semua yang berhadapan masalah berat badan.
Dalam komen balas yang diberikan kepada portal SpotboyE, pelakon yang mesra disapa Aish ini memberikan sepatah dua kata buat mereka yang menggelarnya gemuk dan hodoh.
“Mereka punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain kerana tindakan itu membuatkan mereka bahagia. Namun pada penghujungnya, kita hanya mampu untuk memikirkan cara mereka ber kir.
“Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri. Kita hanya dapat menolong dengan tidak mengambil kisah tentangnya,” ujar Ratu Dunia 1994 itu.
Bukan setahun dua pelakon ini berdepan body shaming. Malah ketika mula menapak dalam dunia per leman Bollywood lagi, sudah muncul suara-suara sumbang yang menggunakan isu saiz badan sebagai ‘bara’ untuk meleburkan semangatnya.
Bahkan, Aishwarya, sekitar penghujung 90-an pernah menyelar media yang mengkritik dan mengklasifikasikannnya sebagai pendatang baharu tanpa keistimewaan untuk menjadi pelakon.
“Menurut pengamal media, saya gemuk. Mereka menuduh saya sombong, tidak langsing dan menjangkakan lem lakonan saya bakal gagal.
“Ia tentunya menyakitkan. Beri saya sedikit masa untuk buktikan mereka silap.
“Mereka terus menulis keburukan saya dalam kerjaya saya semakin memuncak. Berkat kepercayaan produser dan pengarah, saya kini di landasan yang betul,” katanya.
KEKAL JELITA DI USIA LEBIH EMPAT DEKAD
Aishwarya dihujani pujian kerana masih mengekalkan kejelitaan dan berjaya menurunkan berat badan pada usia 48 tahun.
Kemunculannya dalam filem terbaharu, Ponniyin Selvan serta merta mengunci mulut pengkritiknya yang selama ini meyakini bahawa kegemilangannya sebagai pelakon, berakhir.
Lapor portal Times Of India, Aishwarya mengamalkan diet ringan, selain membudayakan aktiviti kecergasan untuk mendapatkan bentuk fizikal dan kecergasan yang diperlukan bagi menghidupkan watak Nandini menerusi lem berkenaan.
Pelakon tersebut dilaporkan amat menggemari masakan ala Mangalore terutamanya kari ikan dan ayamnya.
Selain itu, Aishwarya juga mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi.
Beliau juga dilaporkan mengamalkan pengambilan jus lemon suam bercampur madu setiap pagi selain menjadikan senaman Yoga sebagai aktiviti kesihatan pilihan berbanding bersenam di gimnasium.