Cuaca panas: Air Tasik Timah Tasoh surut

Cuaca panas: Air Tasik Timah Tasoh surut

ORANG ramai bergambar dan melintasi kawasan Tasik Timah Tasoh di Padang Besar, Perlis yang kering ekoran cuaca panas. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Cuaca panas melanda negara termasuk ne­geri ini dengan suhu mencecah sehingga 37 darjah Celsius menyebabkan paras air di Tasik Timah Tasoh yang menjadi tumpuan pelancong mula menyusut.

Malah cuaca panas sejak kebelakangan ini menyebabkan beberapa kawasan di tasik itu yang sebelum ini dilimpahi air mula kering, membolehkan orang ramai berjalan di situ.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha bot ronda, Muzamir Ismail, 42, berkata, cuaca panas menyebabkan air tasik berkenaan menyusut beberapa meter.
Katanya, ia dijangka lebih buruk jika cuaca panas berlarutan.

Jelasnya, kemarau jarang berlaku, berkemungkinan tiga ke empat tahun sekali dan tasik itu pernah kering pada 2016.

“Seingat saya pada 2016 agak teruk (kemarau) sehingga menyebabkan kawasan sehingga ke tengah tasik kering. Pada masa itu, orang boleh berjalan sehingga tengah tasik.

“Cuaca panas ini sejak beberapa bulan lalu dan kebe­lakangan ini kemarau makin teruk. Kalau berterusan mungkin air di tasik berkenaan akan terus menyusut,” katanya.

Empangan Timah Tasoh yang terletak kira-kira 17 kilometer dari bandar Kangar merupakan empangan saliran terbesar di negeri ini.

Ia pada asalnya menjadi pertemuan dua sungai iaitu Su­ngai Timah dan Tasoh de­ngan dasarnya sebelum itu adalah sebuah kampung namun ditenggelamkan bagi mewujudkan empangan.

Turut ditenggelamkan bersama kampung tersebut pada masa itu ialah masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan. Kampung berkenaan terpaksa ditenggelamkan untuk membentuk takungan air.

Ia bagi menyediakan bekalan air domestik atau perindustrian. Di samping itu juga bagi meme­nuhi keperluan pengairan 2,466 hektar tanah sawah untuk penanaman padi dua kali setahun di kawasan utara dan tengah Perlis.

Namun kebelakangan ini, kawasan tersebut mula berubah wajah menjadi antara lokasi tarikan pelancongan.

Muzamir berkata, penyusutan air menyebabkan kelancaran operasi bot ronda sedikit terganggu di mana mereka perlu membuat jeti sementara yang sentiasa berubah-ubah mengikut paras air.

“Kalau boleh kami ingin meminta kemudahan jeti terapung serbaguna di mana ia boleh digunakan sama ada ketika air surut atau penuh. Di Perlis ini, selalu cuaca panas dan kalau musim kemarau ia akan memberi sedikit kesan.

“Kemudahan itu penting memandangkan Timah Tasoh kini antara lokasi tarikan utama pelancong,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya