Aiman Tino, Syarah Haifa selamat diijab kabul - Utusan Malaysia

Aiman Tino, Syarah Haifa selamat diijab kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UALA LUMPUR: Penyanyi, Aiman Tino selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Syarah Haifa dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah tertutup di sini tepat pukul 5.40 petang tadi.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd. Azri Ahmad Kamil Al-Hafis.

Dalam majlis nikah serba merah tersebut, Aiman, 25, turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM 5,000 dan seutas gelang emas sebagai simbolik batal wuduk.

Jumlah wang hantaran pula dirahsiakan dan pasangan mempelai bersetuju tiada sebarang pertukaran dulang hantaran.

Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan di Shah Alam, Selangor dengan menjemput 750 tetamu membabitkan kedua-dua belah keluarga pada 6 Mei ini.

Terdahulu, penyanyi Ku Rela Dibenci itu berkongsi berita gembira apabila gambar merisik yang hanya membabitkan kehadiran ahli keluarga terdekatnya tular di media sosial.

Aiman dan Syarah mula berkenalan sekitar 2019 sebelum sepakat menjadi rakan perniagaan sebelum melangkah ke fasa bercinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya