Aidilfitri: Kenderaan barangan dilarang berada atas jalan raya

Aidilfitri: Kenderaan barangan dilarang berada atas jalan raya

Larangan kenderaan barangan di atas jalan raya dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April ini (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April (selepas perayaan). - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menguatkuasakan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

MOT menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, larangan ini dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April ini (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April (selepas perayaan).

Menurutnya, penguatkuasaan itu dilaksanakan selepas mengambil kira peningkatan trafik ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.

“Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

“Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini,” katanya.

Katanya, menurut Perintah Had Laju Kebangsaan (Pemberhentian Sementara) dan Perintah Had Laju Tempatan (Jalan Persekutuan) (Larangan Masa Tertentu), had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80 kilometer sejam di seluruh Malaysia.

Jelas MOT lagi, road-ban dilaksanakan atas tujuh jenis kenderaan barangan termasuk lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7,500 kg, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar dan lori balak.

Katanya, kenderaan lain termasuk lori berat dengan muatannya melebihi 7,500 kg yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian yang lain.

Turut dilarang ialah lori kontena yang mengangkut barangan (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya