Aidilfitri: APM pantau 311 lokasi panas bencana di Selangor - Utusan Malaysia

Aidilfitri: APM pantau 311 lokasi panas bencana di Selangor

APM
MULLIADI Al-Hamdi Ladin (tengah) bergambar bersama warga APM Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan memantau sebanyak 311 lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi berlaku bencana alam meliputi kawasan banjir dan tanah runtuh di seluruh Selangor sepanjang musim Aidilfitri ini.

Pengarah APM Selangor, Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, pemantauan itu selaras pelaksanaan Op Prihatin selama 14 hari yang bakal dilancarkan pada 18 April depan dengan memfokuskan lokasi kediaman penduduk yang pulang bercuti ke kampung halaman.

“Orang ramai akan mula meninggalkan rumah mereka termasuk di lokasi yang berisiko berlakunya bencana. 

“Justeru, APM akan menjalankan pemantauan menyeluruh dan berkala di 311 ‘hot spot’ sepanjang tempoh berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi dan lftar APM Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, petang tadi.

Terdahulu, beliau menyerahkan sijil penghargaan kepada pengamal media yang bekerjasama menyalurkan maklumat  tepat dan sahih terutama berkaitan tragedi tanah runtuh di Batang Kali.

Jelas Mulliadi, pihaknya turut akan menggerakkan anggota bagi membantu orang awam yang berdepan situasi kecemasan di jalan raya.

“Bantuan itu antaranya melibatkan tayar pancit, bateri kenderaan lemah dan kehabisan minyak. Ia yang turut meliputi Op Prihatin akan  menumpukan jalan negeri dan persekutuan sepanjang perjalanan balik ke kampung dan pulang semula ke bandar,” ujarnya.

Tambah beliau, lebih 400 daripada 675 pegawai dan anggota APM Selangor akan bertugas sepanjang musim Aidilfitri.

Dalam pada itu, Mulliadi berkata, tragedi Batang Kali pada 16 Disember lalu antara medan cabaran yang menguji tahap kecekapan dan kecekalan APM menangani situasi kecemasan.

“Profesionalisme melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) terutama di Hulu Selangor dianggap berjaya dan berkesan dengan kerjasama semua pihak. Selain itu, Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) antara yang berjaya dilonjakkan keupayaannya dalam tragedi tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya