Adam Darwish bantu biaya kos rawatan ibu

Adam Darwish bantu biaya kos rawatan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEHADIRAN pelakon meningkat naik, Adam Darwish, 15, menambah warna dunia lakonan tanah air. 

Pada usia cukup muda, Adam gigih mengejar cita-cita untuk menjadi pelakon, meskipun dia terikat dengan tanggungjawab persekolahan.

Penglibatan Adam bukan kerana minat semata. Timbul sebab yang mendorong anak kelahiran Kuala Lumpur ini terjun ke dunia lakonan yang serba mencabar.

Kata Adam, dia berhasrat untuk membantu ibunya yang menderita masalah anxiety dan bipolar.

“Saya berlakon bukan kerana minat semata-mata, tetapi sebab nak cari duit untuk tolong bayar ubat dan kos rawatan ibu. 

“Bila bekerja, saya belajar dan lalui sendiri kepenatan yang ayah rasai, mencari duit untuk menampung keluarga.

“Saya lega, sekurang-kurangnya saya dapat membantu ibu yang kurang sihat,” katanya.

Dalam kesibukan berlakon, penuntut tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa ini tidak pernah mengabaikan pelajaran.

Ditanya tentang perkara itu, kata Adam, dia mengikuti kelas tuisyen yang didaftarkan tanpa gagal agar tidak ketinggalan dalam mata pelajaran di sekolah.

“Bagi saya, tak ada masalah untuk berlakon sambil belajar. Asalkan saya tidak tinggalkan kelas tuisyen yang dibuat dalam tiga hari seminggu,” katanya lagi.

Tujuh Dua Belas uji pembawakan emosi

Rezeki buat pelakon cilik ini, pada usia 15 tahun, dia sudah diberi peranan penting dalam filem terbaru, Tujuh Dua Belas.

Adam menerusi filem arahan Thorpe Ali itu, membawa watak mangsa culik bernama Adam.

Filem berkenaan turut dibintangi Johan Asaari, Farali Khan, Chintya Candranaya dan ramai lagi.

Berkongsi pengalaman, Adam memaklumkan watak yang dibawakan menghadirkan cabaran tersendiri lebih-lebih lagi buat pelakon muda sepertinya.

“Paling mencabar adalah babak penculikan. Di situ saya perlu bermain emosi. 

“Saya rasakan penderitaan kanak-kanak yang diculik menerusi watak ini. Saya ada terfikir, apa sebenarnya berlaku kepada kanak-kanak hilang yang diculik,” katanya.

Ditanya pengalaman berlakon di bawah arahan datuk sendiri, Thorpe Ali, ujar Adam ia merupakan pengalaman menyeronokkan dan cukup berharga.

“Datuk saya profesional ketika di set penggambaran. 

“Dia tidak beremosi, sangat jelas dalam memberi arahan dan bimbingan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Adam memaklumkan dia amat memandang tinggi Johan yang juga antara pelakon berbakat disegani tanah air.

“Saya menonton lakonannya dalam drama Juvana. Memang riak wajahnya kelihatan garang, tetapi hakikatnya dia sangat baik,” jelas Adam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya