Abdul Azim yakin Perak FC mampu cabar NSFC - Utusan Malaysia

Abdul Azim yakin Perak FC mampu cabar NSFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC berharap pasukan itu akan mencapai kejayaan apabila turun bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Perak di sini malam ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi masih menaruh keyakinan terhadap skuad muda bimbingan Datuk Lim Teong Kim itu walaupun mengalami empat kekalahan berturut-turut setakat ini.

Abdul Azim yakin Negeri Sembilan mampu dicabar kerana menduduki satu tangga di atas Perak dalam carta liga.

“Jika mampu bermain seperti ketika menentang Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan terakhir kami, saya yakin peluang menyaingi Negeri Sembilan cerah.

“Kelemahan pasukan ini ialah dari segi membuat penyudah, jika kepincangan itu mampu diatasi, peluang untuk menang tetap ada.

“Jadi saya berdoa kelemahan itu diperbaiki bermula perlawanan malam ini,” katanya.

Abdul Azim juga meminta penyokong pasukan itu berdoa demi kejayaan Perak FC .

“Sama-samalah kita berdoa banyak-banyak agar pasukan mencapai kejayaan malam ini,” katanya .

Begitupun, beliau tidak memperkecilkan kemampuan lawan yang seri 1-1 dengan Sabah dalam perlawanan terakhir mereka.

“Pemain Perak perlu berada dalam keadaan cukup bersedia untuk menghadapi pertarungan ini kerana Negeri Sembilan ternyata bukan lawan calang-calang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya