2 akaun Bersatu disita SPRM

2 akaun Bersatu disita SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua akaun bank milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disita
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 April lalu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan,
tindakan itu dibuat setelah mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kepada pihak bank.

Jelasnya, sebelum ini, akaun-akaun terbabit dibekukan pada 12 dan 13 Januari lalu mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram.

“Susulan itu, SPRM melaksanakan tindakan sitaan tersebut pada 11 April lalu berhubung siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan AMLATFPUAA 2001,” katanya hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, penjelasan itu sebagai menjawab laporan berita akhbar, The Edge CEO Morning Brief pada 19 April lalu, yang bertajuk, ‘Bersatu asks MACC why two accounts still frozen after 90 days’.

Difahamkan, pembekuan akaun berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion, yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik Covid-19.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, RM40 juta wang yang dibekukan di dalam dua bank parti itu hanyalah 15 peratus daripada dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang belum dibelanjakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya