60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan - Utusan Malaysia

60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan

A. SIVANESAN dalam sidang akhbar mengenai keracunan makanan pelajar MRSM Gerik di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 60 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gerik mengalami keracunan makanan pada Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A. Sivanesan berkata, ia melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga 5 dipercayai selepas memakan masakan ayam masak merah.

“Pelajar terlibat mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, sakit kepala dan muntah bermula pukul 8 malam.

“Semua pelajar yang bergejala dirawat oleh pasukan perubatan bergerak sebagai pesakit luar,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, makanan yang disyaki punca keracunan ialah menu ayam masak merah yang dimakan semasa berbuka puasa pada 2 April lalu.

Beliau berkata, temubual bersama pelajar mendapati ayam mentah telah rosak sebelum dimasak sehingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

“Sebanyak 10 sampel klinikal telah diambil untuk dianalisa dan dapur asrama juga telah diarahkan tutup selama tiga hari di bawah Akta Makanan 1983 bagi tujuan pembersihan,” katanya.

Katanya, kejadian keracunan makanan bukan pertama kali berlaku di MRSM negeri ini dan meminta Jabatan Pendidikan Negeri mengambil tindakan segera terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Kejadian seperti bukan pertama kali berlaku dan saya minta pihak Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya sementara menunggu hasil analisa sampel yang telah diambil,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya