594 kes kebakaran di Terengganu sejak Januari lalu - Utusan Malaysia

594 kes kebakaran di Terengganu sejak Januari lalu

HASSAN As'ari Omar (tiga, kanan) melakukan gimik pelancaran Op Raya Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menerima sebanyak 594 kes kebakaran sejak Januari lalu sehingga 16 April ini.

Pengarah JBPM negeri, Hassan ‘As’ari Omar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 373 kes merupakan kebakaran terbuka akibat cuaca panas di kebun, ladang, kawasan lalang dan belukar.

Menurut beliau, sebagai persediaan menjelang sambutan 1 Syawal dan cuaca panas melampau, JBPM Terengganu mengenal pasti 33 lokasi mudah terbakar di lapan daerah.

“Antaranya Kampung Jambu Bongkok di Marang, Rantau Abang di Dungun, Kampung Telaga Papan dan Lembah Bidong di Setiu serta Gong Badak, Batu Rakit dan Tok Jembal di Kuala Nerus.

“Beberapa punca berlaku kebakaran di kawasan terbuka adalah disebabkan kerja-kerja pembersihan oleh penduduk dan kemudian melarat disebabkan cuaca kering.

“Bagi mengelak berlaku kebakaran besar, JBPM akan memantau lokasi ‘hotspot’ itu dalam tempoh  24 jam,” katanya selepas melancarkan Op Raya di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, di sini,, hari ini.

Dalam pada itu orang ramai turut dinasihatkan agar mencegah kebakaran pada musim perayaan dan sentiasa mementingkan aspek keselamatan sebelum pulang ke kampung.

Hassan menjelaskan, dalam tempoh empat bulan pertama juga 23 kes kebakaran berpunca kebocoran dapur dan gas direkodkan manakala 51 kes kebakaran bangunan dan kedai makan.

“JBPM negeri juga mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kemalangan dengan jangkaan penambahan kenderaan di jalan raya pada musim perayaan ini.

“Antaranya menempatkan sepasukan 15 anggota di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing dengan aset sebuah jentera, ambulans dan dua buah motosikal.

“Bagi musim perayaan ini, sebanyak 20 peratus daripada 806 pegawai dan anggota di 17 balai dibenarkan bercuti manakala baki akan bersedia menghadapi sebarang insiden,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya