50 kanopi peniaga bazar Ramadan rosak diterbangkan ribut - Utusan Malaysia

50 kanopi peniaga bazar Ramadan rosak diterbangkan ribut

SEORANG peniaga melihat keadaan kanopi yang rosak dalam kejadian ribut di Bazar Ramadan Pekan Ajil, Hulu Terengganu, petang tadi. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kira-kira 50 kanopi peniaga Bazar Ramadan Pekan Ajil, di sini, diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, beberapa peniaga terlibat tidak dapat berniaga setelah kanopi serta peralatan perniagaan mengalami kerosakan.

Seorang peniaga minuman, Mohd. Kamarul Razman Maimanaf, 34, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sibuk membuat persiapan jualan di rumahnya di Kampung Kuala Por, di sini, yang terletak kira-kira 13 kilometer dari bazar tersebut.

“Sejurus mendapat maklumat berlaku kejadian ribut, saya terus ke lokasi dan mendapati kanopi saya dihempap sebuah kanopi besar yang diterbangkan angin.

“Saya tidak dapat berniaga hari ini kerana kanopi dan beberapa peralatan lain rosak. Kerugian dianggarkan RM500, minuman yang telah dibancuh dibawa jual ke Bazar Ramadan Kuala Berang,” katanya ketika ditemui di sini, petang ini.

Seorang peniaga lauk-pauk, Maizon Mokhtar, 52, kanopinya  diterbangkan angin sejauh lebih lima meter, namun bernasib baik kerana tidak rosak teruk sekaligus membolehkannya berniaga seperti biasa.

“Saya hanya sempat sediakan enam lauk-pauk hari ini berbanding hampir 20 jenis pada kebiasaannya kerana terus bergegas ke bazar melihat keadaan.

“Syukurlah, hasil kerjasama peniaga dan kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu kanopi dapat dibetulkan semula.

“Majoriti peniaga terlibat dapat berniaga seperti biasa, ada beberapa orang sahaja tidak dapat berbuat demikian kerana kanopi mereka rosak,” ujarnya.

Tambah Maizon yang tinggal di Kampung Batu 18, Ajil, kejadian berkenaan kali kedua dialaminya sepanjang lebih 30 tahun berniaga di bazar Ramadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya