49,000 pekebun kecil getah terima bantuan khas Aidilfitri

49,000 pekebun kecil getah terima bantuan khas Aidilfitri

BKKA 2023 diharapkan dapat meringankan beban pekebun kecil getah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 49,000 pekebun kecil getah di seluruh negara menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) melibatkan peruntukan berjumlah RM9.8 juta.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menerusi kenyataan hari ini berkata, bantuan RM200 itu akan disalurkan melalui Lembaga Getah Malaysia membabitkan pekebun kecil berdaftar dengan keluasan kebun getah melebihi 2.5 hektar sehingga enam hektar.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Mac lalu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menyalurkan BKKA sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

“KPK mengambil tindakan bagi memastikan kumpulan sasar terdiri daripada pekebun kecil getah mendapat manfaat BKKA.

“Penyaluran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun pekebun kecil sebelum atau pada 14 April ini,” katanya.

Katanya, pada masa sama, BKKA turut disalurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada pekebun kecil yang memiliki kebun getah dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah.

Jelasnya lagi, BKKA 2023 khusus kepada pekebun kecil getah ini diharapkan dapat meringankan beban pekebun kecil getah di seluruh negara dalam memenuhi keperluan sempena sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya