4,644 MPKK di Perlis bakal dilantik dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

4,644 MPKK di Perlis bakal dilantik dalam masa terdekat

MOHD. SHUKRI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 4,644 calon Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) akan dilantik dalam masa terdekat meliputi sebanyak 387 lokaliti di negeri ini.

Pemilihan nama MPKK tersebut juga adalah bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang digunakan sebelum ini.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, pemilihan calon bagi mengisi jawatan itu terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan kaum sesuai dengan penduduk setempat di samping memudahkan rakyat berurusan.

“Pelantikan MPKK ini juga akan dibuat mengikut polisi kerajaan negeri dan tanpa adanya peruntukan sama ada elaun mahu pun sagu hati,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata, pelantikan berkenaan juga akan dibuat berdasarkan kepada cadangan dan pemerhatian sewajarnya.

Ujarnya, langkah ini adalah bagi memastikan agar calon yang dipilih itu benar-benar berkelayakan dan sesuai untuk mengisi jawatan tersebut.

“Kerajaan negeri menyedari bahawa kebajikan sosial masyarakat di seluruh Perlis perlu diurus dengan efektif bagi menjamin kehidupan yang lebih baik.

“Semoga dengan pelantikan ini, pembangunan, kemajuan dan keselamatan kampung dapat diurus tadbir lebih lancar bagi membentuk masyarakat yang proaktif dan bernilai murni sekali gus menyokong segala usaha kerajaan negeri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya