PETALING JAYA: Penantian 30 rakyat Malaysia untuk meninggalkan Sudan yang dilanda konflik berakhir selepas kesemua mereka dibawa keluar dari pelabuhan negara tersebut dengan bantuan Arab Saudi, semalam. Wisma Putra memaklumkan, kesemua rakyat Malaysia yang mengharungi perjalanan penuh cabaran selama 30 jam dari Khartoum ke pelabuhan negara tersebut dibawa keluar dengan menggunakan kapal tentera laut milik Arab Saudi menuju ke Jeddah. Katanya, pelayaran tersebut yang merentasi Laut Merah dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam sebelum tiba di Arab Saudi. “Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada kerajaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya