30 rakyat Malaysia tiba di Port Sudan, tempuh 30 jam perjalanan 

30 rakyat Malaysia tiba di Pelabuhan Sudan, tempuh 30 jam perjalanan 

KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 30 rakyat Malaysia di Sudan berjaya dipindahkan selepas menempuh perjalanan sejauh 1,233 kilometer (KM) yang mengambil masa kira-kira 30 jam.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Pasukan Khas Ops Sudan Malaysia berjaya membawa rakyat Malaysia ke Pelabuhan Sudan semalam.

Kata beliau, sebanyak 26 warganegara lain juga dibawa keluar dalam proses pemindahan yang sama.

“Pecahan warganegara lain adalah enam warga Kemboja, Singapura (14 orang) Amerika Syarikat (dua orang) dan masing-masing seorang warga Filipina, Thailand, Palestin serta Sudan.

“Dua rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan proses evakuasi tersebut kerana berkhidmat di United Nations Mission in Sudan (UNMIS) di Abye  dan proses pemindahan mereka akan dilakukan oleh UNMIS,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, perang saudara antara pasukan tentera Sudan dengan RSF meletus semula di ibu kota dan bandar-bandar besar dengan krisis bermula apabila pihak tentera nasional menuduh RSF melakukan aktiviti menyalahi undang-undang.

ZAMBRY ABD. KADIR

Mengulas lanjut, Zambry berkata, kerajaan kini sedang mempertimbang cara untuk membawa semua 56 orang tersebut keluar daripada Port Sudan iaitu melalui laluan udara dan laut.

“Ini bergantung kepada opsyen mana yang akan mendapat kelulusan paling cepat dan segera daripada pihak berkaitan,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua mereka yang menyertai konvoi Malaysia dimaklumkan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

“Sama-sama kita doakan agar proses mengeluarkan mereka dari Sudan berjaya dilakukan sesegera mungkin dan seterusnya kesemua mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya