20,000 mahasiswa Sabah terima manfaat Menu Siswa Rahmah

20,000 mahasiswa Sabah terima manfaat Menu Siswa Rahmah

MOHAMMAD Yusof Apdal (tengah) menyenduk nasi ke pinggan salah seorang mahasiswa ketika melawat UiTM kampus Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 20,000 pelajar dalam kalangan B40 di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di seluruh Sabah menerima manfaat Menu Siswa Rahmah (MSR) dengan hidangan pada harga RM3.50.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif tersebut membantu meringankan perbelanjaan penuntut institusi pendidikan inggi (IPT) kerana ia turut merangkumi pelbagai aspek termasuk bayaran sewa rumah atau bilik. 

“Program MSR di IPTA Sabah ini melibatkan pemberian moratorium atau pengecualian bayaran sewa premis serta bayaran utiliti oleh pihak universiti dan politeknik kepada 22 pengusaha kafeteria, kiosk, gerai penyedia perkhidmatan makanan sedia ada dan baharu di dalam kampus.

“MSR adalah inisiatif KPT dalam membantu meringankan beban kos sara hidup mahasiswa IPT, khususnya daripada golongan B40 bagi memastikan kelangsungan kebajikan mereka terus dijaga dan proses pembelajaran dan pengajaran tidak terjejas,” katanya.

Program tersebut melibatkan 3,779 pelajar di UiTM Kampus Kota Kinabalu dan 161 daripada UiTM Tawau, 11,968 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan 3,713 pelajar di Politeknik Kota Kinabalu dan Politeknik Sandakan.

 

Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal turut melawat Dapur HEP di UiTM Kampus Kota Kinabalu yang menyediakan hidangan nasi percuma dua kali sehari kepada pelajar bagi membolehkan mereka berjimat dengan membeli lauk sahaja di kafeteria.

Katanya, selain daripada penjimatan kos sara hidup, pelaksanaan Dapur HEP ini membuka peluang kesukarelawanan dan menggalakkan amalan saling bantu-membantu dalam kalangan para pelajar berdasarkan konsep ‘Dari Pelajar untuk Pelajar’.

Mohammad Yusof juga mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan 1,000 kilogram beras yang boleh menyediakan lebih 6,600 hidangan nasi daripada KPT sebagai tanda sokongan terhadap pengoperasian inisiatif Dapur HEP.

Dalam kenyataan sama, KPT menjelaskan telah mengambil kira keperluan nutrisi asas dan komposisi kepelbagaian kaum mahasiswa di IPT.

“Pelaksanaan MSR ini adalah komitmen KPT untuk menyokong inisiatif Rahmah yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia  bertujuan membantu golongan terkesan dengan lonjakan kos sara hidup,” katanya. – utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya