2.8 juta pasport dikeluar sepanjang pasca pandemik Covid-19 - Utusan Malaysia

2.8 juta pasport dikeluar sepanjang pasca pandemik Covid-19

SAIFUDDIN NASUTION Ismail dan Acryl Sani Abdullah Sani pada majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN BARU: Jabatan Imigresen mengeluarkan sebanyak 2.8 juta pasport sepanjang tempoh pasca pandemik Covid-19 iaitu peningkatan empat kali ganda berbanding tempoh sebelumnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, 45 peratus permohonan dilakukan secara online dan pasport yang telah siap boleh diambil pemohon dalam tempoh dua atau tiga hari sahaja.

”Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jabatan Imigresen setiap hari berdepan dengan kesesakan orang ramai, namun tidak semua lokasi menghadapi isu ini.

”Sebagai contoh di Perlis, Jabatan Imigresen hanya keluarkan sekitar 20 hingga 30 pasport sahaja, namun di Damansara, Shah Alam, Kelana Jaya jumlahnya berlipat kali ganda,” katanya selepas menghadiri majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak berkata, Jabatan Imigresen akan memulakan projek perintis dengan beberapa langkah diambil untuk mengurangkan kesesakan di pejabat pengeluar pasport terutama di kawasan Lembah Klang.

”Kita telah kenal pasti 21 pejabat pengeluar pasport yang mengalami kesesakan luar biasa, di sini kita telah tambah waktu bekerja termasuk Sabtu dan Ahad, ia membantu sedikit untuk mengurangkan kesesakan,” katanya.

Selain itu, tambahnya, terdapat beberapa pejabat pengeluar pasport yang akan dijadikan lokasi untuk mengambil pasport yang siap dipohon menerusi online.

Selain itu, katanya, Jabatan Imigresen akan menggantikan mesin cetak sedia ada di pejabat pengeluar pasport dengan mesin cetak yang berkapasiti tinggi iaitu mampu mencetak lebih 1,000 sehari berbanding 500 pasport sehari pada masa ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya