1,701 kenderaan dibawa keluar dari Langkawi sempena Aidilfitri

1,701 kenderaan dibawa keluar dari Langkawi sempena Aidilfitri

MUHD. Nasir Abdul Aziz (tengah) bersama Ahli Lembaga Pengarah Langkawi Port, Maswadi Rashid (kanan) mengucapkan selamat jalan kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan RORO di Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kira-kira 1,701 kenderaan dan 4,012 orang penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan feri Roll On Roll Off (RORO) di Dermaga Tanjung Lembung, di sini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Pengurus Langkawi Port Sdn. Bhd., Muhd. Nasir Abdul Aziz berkata, jumlah kenderaan tersebut meningkat sebanyak lima peratus berbanding 1,626 kenderaan pada tahun lalu selain jumlah tertinggi bagi tempoh lima tahun sebelum ini.

“Peningkatan ini dipercayai disebabkan pertambahan perkhidmatan RORO yang menjadi alternatif kepada penumpang yang ingin ke tanah besar melalui Kuala Perlis,” katanya selepas Program Selamat Pulang Perantau 2023 di Dermaga Tanjung Lembung, di sini, hari ini.

Tambahnya, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan RORO juga dijangka meningkat sehingga 5,000 orang yang melibatkan penumpang yang membeli tiket secara terus di kaunter.

Jelasnya, pihaknya bersama agensi terlibat seperti Kastam Diraja Malaysia dan syarikat perkapalan melakukan persediaan awal untuk menyelaras prosedur berkaitan kenderaan yang keluar ke tanah besar sepanjang waktu puncak selama lima hari bermula semalam.

Selain itu, beliau memberitahu, kawalan trafik juga dipertingkatkan dengan tapisan kemasukan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan di dalam kawasan dermaga. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN