144,840 KIR layak terima bantuan i-Fitri - Utusan Malaysia

144,840 KIR layak terima bantuan i-Fitri

HANAFIAH MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 144,840 ketua isi rumah (KIR) di negeri ini layak menerima bantuan i-Fitri daripada kerajaan negeri sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, bantuan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM43.4 juta itu diagihkan secara berperingkat dalam masa tiga hari bermula Isnin depan.

Menurutnya, pada tahun ini, jumlah i-Fitri diselaraskan sebanyak RM300 untuk setiap keluarga berbanding tahun lepas antara RM250 hingga RM400 bergantung kepada pendapatan isi rumah.

“Pada tahun ini, kita tolak tiga atau empat peratus permohonan yang tidak layak seperti pendapatan melebihi had ditetapkan, kakitangan awam atau pesara kerajaan.

“Tiada sebarang rayuan diberikan kerana semakan itu adalah muktamad,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hanafiah berkata,  bantuan i-Fitri kepada golongan perantau pula akan mula diagihkan selepas Aidilfitri berikutan permohonan baru sahaja dibuka pada 6 April lalu.

Menurutnya, permohonan i-Fitri perantau kali ini dijangka meningkat kepada 20,000 orang berbanding hanya 4,000 orang sahaja pada tahun lalu selepas ada pindaan syarat permohonan.

“Sebelum ini, hanya ketua keluarga dalam kalangan anak jati Terengganu dan mengundi di negeri ini sahaja yang layak membuat permohonan namun tahun ini, kita ubah sedikit

“Pada tahun ini, anak Terengganu yang berkahwin dengan orang luar juga boleh memohon asalkan mereka lahir dan mengundi di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya