13 lokasi kemalangan di Melaka dikenal pasti

13 lokasi kemalangan di Melaka dikenal pasti

ZAINOL Samah bersalaman dengan pengamal media ketika Majlis Berbuka Puasa di IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis akan meningkatkan rondaan, pemantauan, kehadiran dan penguatkuasaan di lokasi yang kerap berlaku kemalangan sempena Op Selamat 20 bermula 20 hingga 27 April ini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah mengenal pasti 13 kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan raya.

Katanya, jalan terbabit adalah Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), Jalan Umbai-Sungai Udang, Jalan Mufti Haji Khalil, Jalan Rembia-Kendong dan Jalan Alor Gajah-Tampin.

“Jalan lain adalah Masjid Tanah-Bukit Sedahan, Lubok China-Hutan Percha, Tehel-Bemban-Chabau, Jalan Merlimau-Jasin, Jalan Serkam-Kesang Tua, Jalan Gapam-Bemban, Jalan Sungai Udang-Selandar dan Batang 3-Bukit Ramai-Tanjung Minyak.

“Pelaksanaan Op Selamat 20 turut memberi fokus kepada usaha pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat. Orang ramai dinasihatkan meninggalkan rumah atau premis dalam keadaan berkunci dan selamat.

“Orang awam juga dinasihatkan memaklumkan pergerakan semasa cuti perayaan melalui penyerahan borang maklum balas balik kampung atau menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengenai Op Khas Dadu, Zainol berkata, operasi yang bermula 28 Mac sehingga 7 April lalu berjaya menahan 88 individu kerana dipercayai terlibat dengan sindiket judi dalam talian dan judi loteri tanpa lesen.

Menurutnya, penahanan melibatkan 70 lelaki dan 18 wanita tempatan itu membabitkan nilai rampasan berjumlah RM9,136.

“Sebanyak 203 kertas siasatan perjudian telah dibuka bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini yang mana 115 daripadanya telah dituduh di mahkamah. Bakinya masih dalam siasatan polis.

“Dalam tempoh sama juga, sebanyak 50 premis telah dipotong bekalan elektrik manakala 30 premis sedang menunggu keputusan pembatalan lesen oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Sebanyak 48 laman sesawang berunsur perjudian telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya