112 kematian penunggan p-hailing sehingga Mei 2022

Parlimen: 112 kematian penunggang p-hailing sehingga Mei 2022

KEMENTERIAN Pengangkutan bersama MIROS telah draf kurikulum silibus pelajaran bagi mendapatkan sijil vokasional melibatkan penunggang p-hailing. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 112 kematian pengguna p-hailing dicatatkan, sementara 82 kecederaan parah dan 1, 048 pula kecederaan ringan.

Angka tersebut merupakan catatan rekod daripada pelbagai agensi termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, tiada maklumat lanjut mengenai perkara itu daripada pihak kementerian berkenaan.

“Sebab itu Kementerian Pengangkutan bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah draf kurikulum silibus pelajaran bagi mendapatkan sijil vokasional melibatkan penunggang p-hailing. 

“Skop utamanya adalah bagi memahami perbezaan risiko sebagai seorang penghantar berbanding pengguna biasa, dan keperluan untuk lebih berhati-hati di jalan raya yang diramalkan berbahaya,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 di Dewan Negara, hari ini.

Jelasnya lagi, modul latihan untuk penunggang p-hailing bersama MIROS akan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa dengan melibatkan beberapa pengendali yang lain.

Mengulas lanjut, pihaknya belum menetapkan sebarang kadar dan caj yang akan dikenakan untuk kursus dan latihan kerana segala keputusan tersebut akan diputuskan selepas punca kuasa ditetapkan.

Menjawab soalan senator Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair berhubung undang-undang yang seharusnya dikenakan kepada pelaksana p-hailing, Hasbi berkata, pihaknya mengambil maklum akan perkara tersebut dan akan dikawal di bawah akta perlesenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya