JAKARTA: Walaupun sudah 10 tahun hidup menjanda, penyanyi dangdut, Selfi Nafilah menyatakan hasrat mahu bernikah lagi.
Kegagalan hidup berumah tangga dengan bekas suami, penyanyi rap, Iwa K, tidak pernah mendatangkan trauma buat Selfi unutk berkahwin lagi.
Namun, katanya, hanya soal jodoh yang membataskan keinginan tersebut.
“Saya tidak pernah trauma cuma belum bertemu jodoh lagi.
“Mudah-mudahan nanti ada jodohnya dan pasti akan dimaklumkan,” katanya yang gembira menjalani kehidupan sekarang dengan menguruskan anak dan sibuk dengan kerjaya.
Disoal kriteria lelaki yang dicari, Selfi berkata, dia bukanlah terlalu selektif kerana paling penting adalah seorang pasangan yang mampu mengimbangi kehidupannya kelak.