10 anak pengamal media terima sumbangan Simpan SSPN Prime bernilai RM1,000

10 anak pengamal media terima sumbangan Simpan SSPN Prime bernilai RM1,000

MOHAMED Khaled Nordin (tengah) bergambar bersama penerima akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM1,000 dalam Majlis Tautan Kasih Bersama Media di Petaling Jaya, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM1,000 kepada 10 orang anak pengamal media yang cemerlang dalam pendidikan.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Majlis Tautan Kasih Bersama Media di sini hari ini.

KPT dalam kenyataan memaklumkan, majlis berkenaan diadakan bagi menzahirkan penghargaan atas segala sumbangan dan kerjasama media dalam menyampaikan maklumat kerajaan tepat dan sahih kepada rakyat.

“Sumbangan Simpan SSPN Prime ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi pembelajaran, membantu golongan yang memerlukan dalam aspek pendidikan dan menggalakkan penabungan melalui Simpan SSPN.

“Ia sekali gus meningkatkan imej positif PTPTN sebagai agensi di bawah KPT,” katanya.

Seramai 170 pengamal media hadir pada majlis berkenaan bersama warga jabatan dan agensi di bawah KPT serta naib-naib canselor dari universiti-universiti sekitar Lembah Klang .

Pada majlis sama, pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengadakan perkongsian ilmu mengenai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat (PSH), pendidikan fleksibel dan kursus jangka pendek melalui program APEL.A, APEL.C, APEL.Q dan micro-credentials yang ditawarkan oleh IPT.

Program itu bagi membolehkan pihak pengamal media meningkatkan ilmu bagi memenuhi keperluan industri.

Katanya, semua jenis APEL ini membolehkan pengalaman lampau individu yang diperoleh melalui pendidikan formal atau tidak formal dinilai seterusnya diiktiraf bagi tujuan akses kemasukan, pemindahan kredit dan pengiktirafan.

“Antara kelebihan APEL ialah penjimatan tempoh pengajian dan kos, boleh mendapatkan biasiswa atau pinjaman ketika mengikuti pengajian dan mendapat pengiktirafan setara seperti kelayakan konvensional,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya