Zara Zya: Bukan menipu sesiapa pun, cuma…

Zara Zya: Bukan menipu sesiapa pun, cuma…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERKONGSIAN video bertunang Zara Zya mengundang pelbagai reaksi dan teka teki. Siapa akhirnya lelaki yang berjaya membuka hati pelakon itu. Tetapi bila video itu rupanya hanyalah satu promo, ada juga yang kurang senang.

Pelbagai kritikan dan kecaman diterima. Sehingga ada yang mendakwa, Zara kaki tipu. Suka memainkan perasaan peminat yang benar-benar mendoakan kebahagiaannya dengan jejaka pilihan.

Malah, ada yang juga sinis mengatakan pelakon Risik Pada Hati itu sebenarnya seronok melihat peminat berteka-teki tentang pilihan hatinya. Benarkah dakwaan tersebut?

Jawablah! Mendapatkan Zara Zya.

J: Bila tular video kononnya lamaran ‘tunangan’ itu rupanya adalah satu kerjasama Zara dengan sebuah jenama, ramai yang rasa tertipu? Ada juga yang terkilan, sanggup Zara menipu peminat. Komen?

 Z: Bukan menipu pun sebenarnya, Tiada niat untuk saja-saja nak prank atau gimik. Saya sebenarnya tidak sangka, impak ‘pertunangan’ itu sangat besar. Ingatkan orang tak peduli tentang saya.

Rupanya ramai yang hendak tahu pasangan saya. Siapa pilihan di hati. Tetapi dalam pada masa sama, saya rasa bersalah bila ramai yang ambil berat. Terharu tetapi pada masa sama, bersalah juga.

J: Bila video itu tular, banyak nama lelaki itu, lelaki ini yang dikatakan menjadi tunangan Zara. Mungkin ramai sangat nak tahu, siapa lelaki pilihan Zara sebenarnya. Bagaimana Zara melihat situasi itu?

 Z: Kalau ada pun, saya tidak boleh beritahu. Selagi itu, anda semua bebas berteka-teki. Bila peminat nampak saya berkawan rapat dengan lelaki A, mula ada gosip konon saya bercinta dengan dia.

Tiba-tiba bila saya terlebih mesra dengan lelaki B, oh tukar pula. Macam peraduan rasanya. Ramai nak tahu saya dengan siapa. Tunggu ya, bila ada nanti saya akan bagitahu.

 J: Adakah ‘peraduan’ ini mengundang rasa tidak selesa? Atau Zara seronok melihat peminat berteka-teki?

Z: Tak baik kata seronok. Mungkin kerana saya dilihat sudah terlalu lama single. Dulu riuh berceritakan pun, akhirnya tidak kesampaian. Lebih baik saya berhati-hati. Tidak mahu terlalu beriya.

Saya ada dengar juga dakwaan mengatakan saya sudah kahwin, benda itu tidak pernah berlaku ya. Saya masih single, tidak ada suami lagi. Bukan isteri kedua, ketiga sesiapa.

J: Adakah sebenarnya Zara trauma dengan hubungan yang putus ditengah jalan satu ketika dahulu? Sebab itu Zara sukar membuka hati?

Z: Saya tidak trauma pun dengan apa yang terjadi. Keputusan itu dilakukan dengan persetujuan bersama. Tiada dendam atau sisa rasa yang membuatkan saya takut untuk bercinta.

Saya juga tidaklah terlalu berhati-hati. Risau untuk mengenali lelaki baharu. Tidak sama sekali. Cuma mungkin belum ada yang berkenan. Belum jodoh lagi.

J: Alang-alang, boleh kongsi perkembangan kerjaya seni sekarang. Rancak berniaga nampaknya.

Z: Akhir sekali baru soalan manis ya! Alhamdulillah, perniagaan berjalan lancar. Senang rupanya berniaga di aplikasi media sosial. Seronok bila dapat berniaga dan berkomunikasi dengan peminat.

Akan datang, dua drama lakonan saya, Misteri Flat Kirana dan Segenap Takdir akan ditayangkan di TV3. Ramadan nanti, saya akan berehat daripada sebarang penggambaran. Mahu fokus bisnes dan ibadah,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya