Yayasan Bank Rakyat bantu murid sekolah di Sarawak

Yayasan Bank Rakyat bantu murid sekolah di Sarawak

SYAIFUL Rizal menyerahkan simbolik replika bantuan persekolahan kepada wakil penerima bantuan di Masjid Darul Rahmah Tambirat, Kuching, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan bantuan persekolahan bernilai RM40,000 kepada murid sekolah rendah dan menengah di Sarawak bagi membantu mereka memulakan sesi persekolahan yang akan bermula pada 20 Mac ini.

Dalam kenyataan hari ini, Yayasan Bank Rakyat berkata, seramai 400 murid telah menerima bantuan itu melalui program bantuan persekolahan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Bank Negara Malaysia (BNM), Kuching.

Selain itu, bantuan tunai bernilai RM100 turut diberi kepada setiap murid dalam kalangan asnaf dan keluarga golongan berpendapatan rendah (B40) untuk membantu ibu bapa atau penjaga membuat persediaan bagi sesi persekolahan nanti.

Pengurus Besarnya, Syaiful Rizal Abdul Ghani menyerahkan simbolik replika bantuan persekolahan itu kepada murid-murid di Masjid Darul Rahmah Tambirat, Kuching, hari ini.

Beliau berharap, pemberian bantuan tunai itu mampu meringankan urusan kewangan mereka dalam menyediakan kelengkapan persekolahan mengikut keperluan masing-masing.

Katanya, pemberian bantuan tersebut dipecahkan kepada dua lokasi di sekitar Kuching dan Mukah dalam masa terdekat sebelum sesi persekolahan dibuka.

“Bantuan yang disalur kepada mereka yang layak ini diharap mampu memberi suntikan semangat dan motivasi kepada anak-anak hadir ke sekolah sama seperti mereka yang bernasib baik serta sebagai tanda ingatan Yayasan Bank Rakyat dalam membantu masyarakat yang semakin terhimpit dengan keadaan semasa.

“Usaha ini juga menjadi salah satu strategi dalam mengurangkan kadar ketidakhadiran ke sekolah dalam kalangan murid di sekitar luar bandar,” katanya.

Untuk rekod, seramai 26,604 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 juta melibatkan 87 lokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya