Yasin gagal kali kedua kaji tiga pertuduhan kes dadah - Utusan Malaysia

Yasin gagal kali kedua kaji tiga pertuduhan kes dadah

YASIN SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman gagal kali kedua dalam permohonan representasi untuk mengkaji tiga pertuduhan berkaitan dadah yang dihadapi di Mahkamah Majistret di sini.

Ia ditentukan berikutan Jabatan Peguam Negara menolak permohonan Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, untuk mengkaji pertuduhan tersebut.

Peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Yasin membe­ritahu wakil media, ekoran permohonan itu ditolak, pihak pembelaan memfailkan representasi ketiga, minggu lalu.

Menurutnya, pada masa sama prosiding perbicaraan yang dijadualkan berlangsung bermula semalam hingga Jumaat telah dilapangkan.

Sebelum ini, tarikh-tarikh perbicaraan dijadual selama 15 hari bermula Mac iaitu pada 6 hingga 10, 13 hingga 17 dan 20 hingga 24 Mac.

Dijangka 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nik Nasimah Nik Mohammad.

Representasi setebal 47 mu­ka surat itu turut mengan­dungi rawatan yang diperlukannya, alasan kemanusiaan, rayuan melibatkan keluarga dan ke­adaan terkini Yasin.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.

Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripada­nya Kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memberi dirinya dadah berbahaya ‘11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pe­taling Jaya, tarikh sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya