Yamani Abdillah pernah diganggu gay

Yamani Abdillah pernah diganggu gay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POPULARITI penyanyi, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah melonjak selepas pasangan adik beradik itu dinobatkan sebagai juara program Family Duo musim ke-2.

Gara-gara kemenangan itu, mereka dihujani pelbagai tawaran membuat persembahan selain merakam single bersama.

Meskipun berdepan jadual kerja yang padat, Yamani tetap meneruskan hasratnya untuk menyambung pelajaran dalam diploma muzik di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Katanya, dia tidak akan sesekali mengabaikan pelajaran meskipun kerjaya nyanyian mulai rancak dan berkembang.

“Pendidikan bagi saya sangat penting. Sebagai penyanyi, instrumen kami adalah suara. Tetapi tak boleh bergantung harap kepada nyanyian semata-mata kerana Tuhan boleh tarik suara bila-bila masa.

“Saya kena cari kemahiran yang lain, yang boleh menjamin masa hadapan. Nak harapkan kepada suara semata-mata memang tak boleh,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Yamani berpegang kepada pesan ayahnya, Raja Pop Malaysia Datuk Jamal Abdillah yang menasihatkan agar dia dan adiknya, Zaki tidak mengabaikan pelajaran.

Katanya, dorongan ayah memberi semangat dan menyuntik keinginan untuk dia menamatkan proses pembelajaran meskipun dihimpit jadual kerja padat.

“Ayah pesan, ada gitar, belajar macam mana nak main. Kemudian jadi pensyarah atau cikgu. Sekurang-kurangnya ada pendapatan sampingan untuk menyara kehidupan.

“Tak semua penyanyi seperti Jamal, yang dikurniakan kemampuan untuk menyanyi dengan baik meskipun usia sudah mencecah usia lebih enam dekad. Beliau juga akui perkara itu.

“Jadi ayah memang galakkan saya dan Zaki untuk sambung pengajian. Katanya kalau minat, teruskan,” ujarnya.

DIGANGGU GAY, WANITA KAYA

 

Dalam perkongsian lain, Yamani menceritakan pengalaman berdepan gangguan lelaki homoseksual di media sosial.

Katanya, meskipun mencetuskan rasa tidak selesa, dia perlu tahu cara mengendalikan bagi mengelakkan gangguan sama berulang.

“Ramai individu seperti ini yang kacau, hantar mesej di Instagram mahu berkenalan dan ajak berjumpa. Mereka ingat saya ‘kaki layan’.

“Saya tak mahu pusing kepala fikirkan gangguan seperti ini, jadi saya abaikan atau block sahaja mereka di media sosial,” katanya.

Tidak sekadar gay, Yamani juga mengakui pernah ditawarkan untuk berdamping dengan wanita kaya dengan habuan yang lumayan.

“Alhamdulillah, saya masih boleh fikir tentang halal haram. Kalau saya fikir tentang duit, boleh hanyut. 

“Saya rasa ada baiknya menjadi anak seorang penyanyi terkenal, kerana gerak geri kita diperhatikan membuatkan kita sentiasa beringat untuk menjauhi perkara-perkara mengarut,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya