Wujudkan SOP keselamatan untuk artis ekoran serangan terhadap Kamal Adli

Wujudkan SOP keselamatan untuk artis ekoran serangan terhadap Kamal Adli

kamal adli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INSIDEN serangan yang berlaku terhadap pelakon, Kamal Adli perlu dijadikan iktibar supaya kejadian sama tidak berulang atau menimpa artis lain. 

Tidak perlu tuding-menuding atau membuka pekung mana-mana pihak, Setiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Zahrin Aris berharap prosedur operasi standard (SOP) mengenai keselamatan bagi golongan selebriti yang akan berkunjung ke luar negara diwujudkan segera. 

“SOP secara terperinci perlu disediakan supaya tindakan awal dapat diambil sekiranya berlaku sebarang insiden. SOP juga bertujuan tidak berlaku sebarang situasi kelam-kabut sekiranya musibah berlaku. 

“Kejadian ini juga iktibar kepada semua artis yang akan berkunjung ke luar negara. Secara tidak langsung kita juga akan berasa senang hati apabila berkunjung ke tempat lain.

“Prosedur ini juga tertakluk buat pasukan produksi yang ingin menghasilkan filem,” katanya semasa sesi perbincangan secara live di Tiktok.  

Menurut Zahrin, antara perkara lain yang perlu difikirkan adalah perlindungan insurans sebagai persediaan menghadapi sebarang kejadian tidak dijangka kepada golongan artis. 

“Saya sarankan kepada semua syarikat produksi supaya menyediakan insurans. 

“Perlindungan itu juga bukan tertakluk semasa penganjuran acara sahaja, tetapi kepada pihak produksi yang menjalankan penggambaran supaya bersiap-sedia lebih awal.  

“Kebanyakan produksi tidak memikirkan aspek keselamatan pelakon dan kru. Bila sudah terjadi baru kelam-kabut,” katanya. 

Berbanding artis negara lain seperti dari Indonesia dan Thailand, Zahrin melihat SOP yang jelas diguna pakai terhadap mereka. 

“Saya lihat kalau mereka datang ke Malaysia sudah ada SOP yang jelas. 

“Misalnya, siapa pengawal peribadi, siapa mereka boleh berjumpa dan sebagainya,” katanya. 

SOP KETAT

Ditanya sekiranya SOP lebih ketat dilaksanakan bagi mana-mana penganjuran acara, Zahrin berkata, ia juga boleh menyebabkan acara tersebut tidak begitu dekat dengan khalayak peminat. 

“Jadi serba salah juga kalau terlalu ketat sangat peraturan. Kelihatan seperti tidak mesra dengan orang awam. 

“Kebanyakan artis kita pula memang bersikap peramah, berjiwa terbuka dan anggap peminat seperti kawan-kawan. Namun, di sebalik sikap mesra itu juga boleh menimbulkan implikasi lain.

“Apa yang penting pihak penganjur perlu pastikan aspek keselamatan, insurans dan fasiliti lain supaya tiada ruang bagi kejadian serupa berlaku,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya