Wanita ceroboh masuk rumah madu - Utusan Malaysia

Wanita ceroboh masuk rumah madu

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Gara-gara tidak berpuas hati setelah suaminya tidak pulang rumah selama dua hari, seorang wanita yang juga isteri ketiga, bertindak menceroboh masuk ke rumah madunya, di Taman Gong Pauh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang, suspek berusia 28 tahun bertindak menceroboh masuk ke kawasan rumah madunya yang merupakan isteri kedua, tanpa izin dan turut merosakkan motosikal serta kereta milik suaminya.

“Menurut pengadu yang berusia 34 tahun, suspek telah menerpa masuk ke dalam kawasan pagar rumahnya dan bertindak memecahkan cermin hadapan dan belakang kereta milik suami mereka dengan menggunakan bakul mengisi buah, selain mencalarkan bahagian belakang sebuah motosikal.

“Suspek turut bertanya kepada pengadu, sama ada pengadu tahu suami mereka telah berkahwin dengan adik suspek dan kemudiannya berlaku pertengkaran mulut serta pergelutan antara kedua-kedua wanita tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.

Hanyan berkata, pergelutan itu menyebabkan pengadu yang ketika itu berdua bersama anaknya berusia lapan tahun, mengalami luka pada bahagian jari tangan kanannya dan pengadu bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 447/427 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan khianat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya