Wan Saiful pelik kerajaan gagal faham derita pencarum KWSP

Wan Saiful pelik kerajaan gagal faham derita pencarum KWSP

PARLIMEN
WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan pelik dengan sikap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya masih gagal memahami kesusahan rakyat terdesak untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar. 

Katanya, ada pencarum yang terpaksa berjalan kaki beratus-ratus kilometer semata-mata untuk menarik perhatian mereka terhadap derita yang dihadapi. 

“Saya sedih kerana kerajaan kayangan Pakatan Harapan (PH)-UMNO tidak mengendahkan derita rakyat sehingga saudara Norazlan Ismail, seorang rakyat marhaen sanggup berjalan beratus kilometer untuk menarik perhatian kerajaan. 

“Saya menyokong rayuan agar pengeluaran KWSP bersasar dibenarkan. Saya tidak faham kenapa PH-UMNO terus gagal memahami kesusahan rakyat marhaen dan amat antirakyat sehingga ada yang terpaksa tunjuk perasaan macam ni. 

“Berjalan kaki ini adalah lambang betapa rakyat terdesak. Apa lagi PH-UMNO mahu? Hendak sampai ada yang bercerai-berai dan keluarga hancur sebab tak mampu hidup?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Semalam, seorang pencarum dilaporkan sanggup berjalan kaki dari Tol Skudai menuju ke Istana Negara bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP. 

Menurut pemandu teksi, Norazlan Ismail, 49, misi itu dilaksanakan supaya kepayahannya disedari pihak atasan kerajaan terutama Perdana Menteri dengan pengeluaran itu juga mungkin boleh selamatkan rumah tangga dan keluarganya. 

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, beliau sudah mengarahkan pegawainya untuk mengenal pasti lokasi Norazlan agar dapat memastikannya dalam keadaan sihat dan selamat. 

“Selain itu, Alhamdulillah saya juga telah berjaya dapatkan ruang untuk membolehkan rintihannya disampaikan terus ke Istana Negara apabila sampai ke Kuala Lumpur nanti,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya