Waktu operasi klinik kesihatan dipanjangkan hingga 9.30 malam

Waktu operasi klinik kesihatan dipanjangkan hingga 9.30 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memanjangkan waktu operasi klinik kesihatan hingga 9.30 malam bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital. 

Menurut Kementerian Kesihatan, pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat itu dilaksanakan di 52 buah klinik kesihatan yang dikenal pasti. 

“Waktu operasi dipanjangkan dari pukul 5 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu. 

“Bagi Negeri  Kedah, Kelantan dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis dari pukul 5 petang hingga 9.30 malam dan dari 8 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu,” menurut hantaran Facebooknya, hari ini. 

Jelas Kementerian Kesihatan, perkhidmatan itu tidak dilaksanakan pada hari Jumaat bagi Kedah, Kelantan dan Johor dan Ahad bagi negeri lain serta cuti umum. 

“Bagaimanapun, waktu operasi dan hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat,” katanya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya