Ustaz Zainul Asri dituntut mohon maaf - Utusan Malaysia

Ustaz Zainul Asri dituntut mohon maaf

AHMAD ZAKIYUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada seorang penceramah bebas, Ustaz Zainul Asri Mohd. Romli berhubung dakwaan sebuah masjid di Pulau Pinang kini menjadi tempat ibadat orang bukan Islam.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, permohonan maaf itu juga bertujuan menjernihkan persepsi negatif yang mula tersebar dalam kalangan umat Islam Pulau Pinang.

Katanya, MAINPP baru-baru ini menerima video TikTok yang menggambarkan seorang ustaz yang dikenal pasti sebagai Ustaz Zainul Asri di dalam kuliahnya pada 14 Februari lalu mengeluarkan kenyataan mendakwa sebuah masjid di Pulau Pinang yang dulu dimiliki India Muslim kini menjadi tempat ibadat orang bukan Islam selepas pemiliknya pulang ke India.

”MAINPP dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan liar ini kerana ia dilihat mampu menimbulkan salah tanggapan masyarakat dan menimbulkan perbalahan di antara kaum dan agama di negeri majmuk ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menjelaskan dakwaan itu, tambah beliau, terdapat 20 pemegang amanah asal bagi lot yang dimaksudkan iaitu Kong Hock Keong Temple melalui Perintah Mahkamah (Peletakan Hak) pada 28 Disember 1973 dan seterusnya berlaku pertukaran pemegang amanah disebabkan kematian.

”Pada asalnya (rujukan Deed Poll bertarikh 10 Julai 1888), tanah ini telah dimiliki oleh pemegang amanah berkenaan bagi Kong Hock Keong Temple, No. 30 Pitt Street melalui Grant: No. 2420 tahun 1838.

”Ia adalah pemberian daripada “The Public Seal of the Colony” oleh Gabenor dan Komander Negeri-Negeri Selat iaitu Cecil C. Smith,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya