Ustaz Azhar semakin sihat, boleh keluar rumah  - Utusan Malaysia

Ustaz Azhar semakin sihat, boleh keluar rumah 

GAMBAR Ustaz Azhar Idrus memandu kereta setelah kesihatannya semakin pulih tular di media sosial hari ini.- MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Tahap kesihatan pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus kini semakin pulih dan beliau dilihat ceria meneruskan aktiviti harian seperti biasa selepas keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 19 Mac lalu.

Terbaharu, sekeping fotonya sedang memandu kereta tular di media sosial hari ini dengan ramai warganet mendoakan agar beliau terus sihat untuk meneruskan kuliah agama seperti biasa.

Menurut sumber yang rapat dengan pendakwah terkenal itu, Ustaz Azhar sudah boleh keluar dari rumah sejak beberapa hari lalu untuk menyelesaikan beberapa urusan harian.

“Bagaimanapun, beliau masih belum mengadakan sebarang aktiviti ceramah kerana mengikut saranan doktor yang merawatnya di HSNZ sebelum ini.

“Beliau juga masih perlu membuat beberapa  temu janji rawatan susulan dalam masa terdekat untuk memastikan kesihatannya berada pada tahap yang optimum.

“Alhamdulillah, setakat ini semua pihak memahami situasi beliau dan memberi ruang kepadanya untuk berehat sementara waktu daripada jadual yang terlalu sibuk,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, malam ini. 

Pendakwah yang terkenal dengan  loghat Terengganu itu dimasukkan ke hospital pada 16 Mac lalu selepas mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung.

Pendakwah terkenal, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu’ Al-Banjari dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut melawat Ustaz Azhar ketika menerima rawatan di HSNZ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya