Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke hospital

Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke hospital

USTAZ AZHAR IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai Ustaz UAI kini menjalani sebuah hospital dipercayai mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung.

Perkara itu menyebabkan kuliah Maghrib yang sepatutnya berlangsung Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung, Terengganu semalam terpaksa ditangguhkan pada waktu lain.

“Ditangguhkan atas sebab kesihatan, doakan Kesembuhan buat Murabbi Ustaz Azhar Idrus,” kata hantaran Facebook Ustaz Azhar Idrus.

Dalam pada itu, beberapa tokoh agama dan pemimpin politik mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan dengan masalah kesihatan dihadapi Azhar.

Antaranya seorang tokoh agama Indonesia, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu yang kini dalam mengadakan siri jelajah ke Terengganu berkesempatan menziarahi Azhar yang kini sedang menjalani rawatan.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat menerusi satu hantaran Facebook mendoakan kesihatan Azhar.

“Semoga kembali sihat seperti sediakala buat Murabbi Ummah, Ustaz Azhar Idrus,” tulis beliau.

Malah warganet turut mengajak semua umat Islam agar Allah memberikan kesembuhan dan dikurniakan kesempurnaan kesihatan kepada Azhar.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya