Uqasha Senrose masih trauma, tak boleh tidur malam

Uqasha Senrose masih trauma, tak boleh tidur malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Uqasha Senrose mengalami trauma selepas insiden suaminya dilibas dengan cota besi bertubi-tubi di karnival Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura berlaku di depan mata sendiri.

Disebabkan itu, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen tidak dapat tidur malam kerana masih terbayang-bayangkan wajah penyerang yang tidak berperikemanusiaan.

“Saya ada anxiety (kegelisahan melampau) sampai makan tak selera, nak tidur rasa berdebar-debar dan jadi ketakutan. Saya jadi takut nak bergambar dengan orang lain sekarang.

“Selalu kami berlakon adegan kena pukul, tak sangka kali ini jadi betul-betul. Hanya Tuhan sahaja yang tahu rasa trauma yang saya alami sekarang,” luahnya semasa sesi perkongsian live di Tiktok, pukul 1 pagi tadi.

Bintang drama bersiri Isteri Halal itu berkata, dia sanggup buat live di media sosial disebabkan tidak boleh tidur malam serta mahu memberikan penjelasan sendiri berhubung kemalangan melibatkan suaminya.

Katanya, dia kecewa dengan pelbagai cerita dan tajuk berita tidak betul yang muncul di portal dan blog mengenai keadaan Kamal.

“Lebih baik saya cerita sendiri dan penjelasan itu datang daripada mulut saya sendiri. Saya ini bukan suka-suka hendak cerita segala benda,” katanya.

Kelmarin, Kamal diserang individu tidak dikenali berusia 33 tahun ketika sedang bergambar bersama peminat di sebuah acara ekspo di Singapura.

Kejadian mengejutkan itu berlaku secara tiba-tiba dan penjenayah yang melakukan serangan dengan cota besi sudah diberkas selepas orang ramai menahan individu tersebut.

Kongsi Uqasha kepada Utusan Malaysia, Kamal dipukul di bahagian kepala berkali kali dan penjenayah tersebut turut mengugut untuk mencederakan pelakon itu serta adik-beradiknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya