UPM bantu RISDA laksana projek agromakanan

UPM bantu RISDA perkasa projek agromakanan

KURSUS Pengurusan dan Pelaksanaan Projek Agromakanan di Mentakab, Pahang yang dikendalikan oleh UCTC UPM dengan kerjasama Bahagian Latihan RISDA dan Fakulti Pertanian, UPM baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seramai 36 pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) ke kursus Pengurusan dan Pelaksanaan Projek Agromakanan di Mentakab, Pahang yang telah dikendalikan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Bahagian Latihan RISDA dan Fakulti Pertanian, UPM baru-baru ini.

UCTC UPM merupakan agensi yang bertanggungjawab menghubungkan warga akademik UPM kepada pegawai agensi melalui aktiviti perkongsian ilmu dan kepakaran.

Kursus  tersebut bertujuan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pegawai agensi yang terlibat di lapangan untuk mengurus dan melaksanakan projek agromakanan dengan jayanya.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Ali Sabuddin Abd Samad berkata, kursus ini adalah bagi memastikan pegawai RISDA dapat melaksanakan projek yang memberikan impak dan kejayaan serta memberi keuntungan kepada golongan sasar.

“Pada masa ini agromakanan adalah fokus penting RISDA untuk membangunkan tanah terbiar bagi melaksanakan projek agromakanan yang berimpak.,” katanya semasa pada majlis perasmian Kursus Pengurusan dan Perlaksanaan Projek Agromakanan

Beliau berharap agar kursus ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan memberi manfaat kepada pegawai RISDA dan melahirkan pegawai yang kompeten dalam menjalankan tugas di lapangan.

Majlis perasmian ini turut dihadiri Bahagian Program Khas RISDA Nor Azwa Abd Salim dan penceramah dari Fakulti Pertanian, UPM, Prof. Dr. Norsida Man.

Sementara itu, kursus tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti kerjasama dalam memorandum persefahaman UPM dengan RISDA untuk perkongsian ilmu dan kepakaran dari universiti kepada pegawai RISDA serta sama-sama berganding bahu memastikan aktiviti pertanian negara mencapai objektif dan matlamatnya.- utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya