SEREMBAN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di Selangor akan menjadi kampus pertama melancarkan mesin layan diri menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menjual makanan pada harga RM2 hingga RM5. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, mesin itu akan dilancarkan di kampus berkenaan pada 21 Mac dan akan diperluaskan ke tempat-tempat lain pula. “Pemilihan lokasi-lokasi seperti itu mengambil kira ia sesuai untuk diletakkan makanan pada harga anggaran RM2 sehingga RM5…










