Tuntutan cerai: Afiq tak beri kerjasama - Pachara Apin 

Tuntutan cerai: Afiq tak beri kerjasama – Pachara Apin 

PACHARA APIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  ‘Afiq tak beri kerjasama’. 

Itu kenyataan ringkas diberikan pelakon, Pachara Apin ketika ditanya selepas tamat prosiding pendengaran permohonan tuntutan cerai secara fasakh terhadap pelakon, Afiq Muiz sebelum meninggalkan pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini.

Terdahulu, ketika disoal oleh Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh berhubung perkara sama, peguam syarie, Suriati Ab. Ghani turut mengesahkan perkara sama.

“Defendan (Afiq) tidak pernah hadir dari awal sehingga sekarang,” ujar peguam terbabit.

Selepas mendengar keterangan Pachara, mahkamah menetapkan 6 April ini untuk mendengar keterangan saksi-saksi wanita itu.

Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya, 32, memfailkan permohonan fasakh pada Oktober 2022.

Wanita terbabit pada mulanya memfailkan permohonan secara baik pada 22 Ogos 2022 namun terpaksa memfailkan semula permohonan cerai terbabit selepas tidak mendapat sebarang kerjasama daripada suaminya, Afiq atau nama penuhnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah.

Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019.

Pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali.

Wanita itu turut memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami, selain beberapa bukti perbualan dipercayai dengan ahli keluarganya.

Pada Disember 2022, Afiq membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan Pachara.

Afiq dilaporkan berkata, dia akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi membersihkan namanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya