PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah sah menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) bakal mengambil alih kepemimpinan parti dan dilantik sebagai Presiden menerusi rombakan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali akan menyerahkan jawatannya dan kini sedang menyusun atur untuk memastikan peralihan jawatan kepemimpinan yang baharu dapat direalisasi. Ini juga sekali gus menjawab persoalan mengapa Dr. Mahathir baru-baru ini diangkat sebagai ‘ahli nombor satu’ Putra yang sebelum ini dipegang oleh Ibrahim. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ketua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya