Tular tarikh akhir Ramadan: Jakim mohon hormati ketetapan Majlis Raja-Raja

Tular tarikh akhir Ramadan: Jakim mohon hormati ketetapan Majlis Raja-Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memohon umat Islam negara ini agar tidak mencetuskan spekulasi berhubung tarikh Hari Raya Aidilfitri sudah ditetapkan awal.

Menurut kenyataan agensi itu, pihaknya mengambil maklum isu penularan tangkap layar yang memaparkan ‘Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H’.

Ia menunjukkan kononnya Ramadan ditetapkan berakhir pada 20 April ini sekali gus bulan puasa kali ini hanya ada 29 hari dan keesokannya ialah 1 Syawal atau Hari Raya Aidilfitri.

“Paparan iklan dipercayai melalui hebahan elektronik Masjid Wilayah Persekutuan itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh sambutan,” jelas Jakim.

Sehubungan itu, agensi berkenaan menegaskan bahawa pengisytiharan 1 Syawal hanya dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja menerusi siaran media utama.

Itupun ujar Jakim, ia cuma boleh disahkan sejurus beliau menerima laporan cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Mengulas lanjut, kenyataan Jakim itu menegaskan, cerapan anak bulan Syawal tetap dijadualkan pada lewat petang 29 Ramadan 1444 Hijrah atau bersamaan 20 April 2023.

“Semua pihak adalah dimohon menghormati ketetapan akan diputuskan Majlis Raja-Raja mengenai isu ini dan tidak membuat sebarang andaian tarikh Hari Raya Puasa,” jelasnya.

Pada masa sama, semua pihak disaran melakukan semakan ketetapan tarikh hijri yang dikeluarkan Jakim atau pihak berkuasa agama negeri yang disahkan panel pakar falak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya