Tujuh PATI Myanmar guna surat UNHCR palsu ditahan

Tujuh PATI Myanmar guna surat UNHCR palsu ditahan

PATI warga Myanmar yang ditahan dalam feri penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tujuh warga Myanmar disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah, di sini ketika menaiki sebuah feri penumpang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, tangkapan ke atas individu berkenaan termasuk tiga wanita itu hasil maklumat risikan sebelum mendapati masing-masing tidak membawa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah feri penumpang di kedudukan 1.08 batu nautika barat daya muara Kuala Kedah pada pukul 9.45 pagi semalam. 

“Ketika pemeriksaan anggota penguatkuasa mendapati mereka hanya memiliki salinan surat permohonan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang meragukan memandangkan permohonan pemilikan kad terbabit dihentikan,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, kesemua PATI terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali dan sebat tidak lebih enam kali sebatan, jika disabit kesalahan.

“Mereka kemudiannya ditahan dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.

“Pihak Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan orang ramai bagi melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya