Tuduhan ada campur tangan kes Najib, hina mahkamah

Tuduhan ada campur tangan kes Najib, hina mahkamah

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tuduhan pihak tertentu bahawa wujudnya campur tangan kerajaan terhadap keputusan mahkamah melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) disifatkan sebagai menghina institusi kehakiman itu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, semua pihak perlu menghormati proses dan keputusan mahkamah dan ia tidak wajar dipertikaikan oleh sesiapa.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali mengulangi bahawa beliau dan kerajaan tidak akan mencampuri urusan mahkamah dan bagi saya sekira ada pihak buat tuduhan seperti itu, ia satu penghinaan.

“Jadi kita kena hormat keputusan mahkamah, ada prosesnya kalau ingin dirujuk semula keputusan itu, memang ada proses, kita ikut dan turuti serta hormati proses tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

 

FAHMI FADZIL

Terdahulu, terdapat segelintir warganet mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membebaskan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dari pertuduhan meminda laporan audit 1MDB, tujuh tahun lalu.

Mereka turut mendakwa terdapat campur tangan daripada kerajaan yang membawa kepada pembebasan bekas perdana menteri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya