BAGAN DATUK: Memukul beduk sebagai tanda sudah masuk berbuka puasa dan mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur pada bulan Ramadan masih diamalkan di Sungai Lancang, dekat sini. Imam Masjid Ahmadiah Kampung Sungai Lancang, Shasuddin Ismail, 75, berkata, tradisi itu masih diamalkan walaupun masyarakat sudah mempunyai pelbagai teknologi moden untuk mengetahui waktu berbuka puasa dan untuk bangun sahur. Menurutnya, tradisi itu masih diteruskan dengan memalu beduk yang dikatakan sudah berusia lebih 100 tahun yang terdapat di masjid itu. Katanya, keadaan beduk tersebut masih elok, tidak ada sebarang kerosakan dari segi kulit yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya