TLHT tidak mudah mengaku kalah, benam CS Hockey Team 3-1 - Utusan Malaysia

TLHT tidak mudah mengaku kalah, benam CS Hockey Team 3-1

PEMAIN TLHT, Ermah Marin (tiga, kanan) dikawal ketat oleh pemain CS Hockey Team pada aksi HML di Stadium Hoki MBKT Batu Buruk, Kuala Terengganu, petang tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan CS Hockey Team 3-1 dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), hari ini.

Skuad kendalian Shahrun Nabil Abdullah itu terlebih dahulu dikejutkan pelawat menerusi Nur Aisyah Fadzinu Aulla berpunca pukulan sudut penalti pada minit ke-13.

Tersentak dengan jaringan itu, TLHT menggandakan serangan dan hasilnya, Nur Syafiqah Mohd. Zain menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-25 juga melalui situasi sudut penalti.

Tuan rumah kemudian berpeluang menambah kelebihan namun percubaan kencang Nur Atira Mohamad Ismail (m-20) sekadar mengegar tiang gol pihak lawan.

Serangan bertali arus TLHT menyaksikan gol kedua menjelma setelah Wan Norfaiezah Md. Saiuti melakukan pukulan ‘reverse’ menarik berpunca gerakan Ellyna Amanina Ellias pada minit ke-28.

Mendahului 2-1 selepas rehat, TLHT dihadiahkan pukulan penalti ‘stroke’ malangnya tolakan Fazilla Sylvester Silin (m-43) mudah diselamatkan penjaga gol CS Hockey Team.

Nur Syafiqah memastikan tiga mata buat TLHT dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-50 sekaligus membawa pasukan itu kembali ke landasan kemenangan.

Keputusan 3-1 itu menyaksikan TLHT kekal di tangga keempat mengumpul 10 mata manakala CS Hockey Team kelima dengan enam mata daripada tujuh perlawanan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya