GUA MUSANG: Seorang pemuda Chung Chia Khang, 28, tidak menyangka tindakan ibu mendaftar namanya menyertai kursus pertanian anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengubah seluruh hidupnya apabila bergelar tauke sayur. Chia Khang atau lebih mesra disapa Ah Kai kini mengusahakan ladang sayur seluas 12 hektar di Tanah Tinggi Lojing di sini sejak tujuh tahun lalu. Mengimbas semula penglibatan dalam dunia pertanian Ah Kai berkata, dia bermula dengan mengusahakan tanaman lada solok menggunakan polibeg lada sebanyak 1,000 pokok solok di halaman rumahnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya