Tiga wanita maut kejadian bot penumpang bertembung di Lumut - Utusan Malaysia

Tiga wanita maut kejadian bot penumpang bertembung di Lumut

MANGSA kemalangan bot yang kritikal dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut, malam tadi. - UTUSAN/IHSAN TLDM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tiga wanita maut dipercayai lemas apabila dua bot membawa 21 orang berlanggar di perairan Lumut, tidak jauh dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, tiga mangsa yang maut berusia antara 26 hingga 43 tahun.

“Seorang mangsa juga wanita berumur 43 tahun kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera (HAT) TLDM Lumut, manakala 17 lagi mangsa dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian melibatkan sebuah bot yang membawa 17 penumpang dan seorang tekong dari arah Lumut menuju ke Pulau Pangkor manakala sebuah bot lagi dinaiki seorang tekong bersama dua penumpang dari Pulau Pangkor ke Lumut.

Jelasnya, akibat pelanggaran tersebut, seramai 10 penumpang dalam bot dari arah Lumut terjatuh ke dalam laut.

Beliau berkata, kedua-dua tekong bot tersebut bagaimanapun berjaya menyelamatkan kesemua mangsa yang kemudian dihantar ke HAT.

Katanya, polis menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada pukul 9.17 malam, justeru sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, dibantu anggota TLDM pergi ke lokasi kejadian.

“Pihak HAT kemudian memaklumkan tiga mangsa telah meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujar beliau.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu agar menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya