Tiga tahun menunggu, guru KAFA akhirnya terima rumah Baiti Jannati - Utusan Malaysia

Tiga tahun menunggu, guru KAFA akhirnya terima rumah Baiti Jannati

ZAHRUL Effendy Shahid (dua dari kanan) menyerahkan replika kunci rumah kepada Norfizah Nemat dan Muhammad Alif Manickam Abdullah pada majlis penyerahan rumah Baiti Jannati TNB peringkat Negeri Sembilan di Kampung Titian Akar, Rembau. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Elaun diterima sebagai guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang rendah selain suami hanya bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak seberapa, menyukarkan Norfizah Nemat, 45, dan keluarga memiliki sebuah rumah selesa.

Jelas Norfizah, sejak berkahwin 16 tahun lalu, dia dan suami, Muhammad Alif Manickam Abdullah, 50, tinggal di rumah pusaka milik keluarga yang usang dan kerana keadaan rumah yang terlalu uzur untuk didiami mereka terpaksa menyewa sebuah rumah sejak Mac tahun lalu dengan kadar RM350 sebulan.

“Gaji guru KAFA tidak memungkinkan saya memiliki rumah sendiri dan suami juga hanya bekerja kampung. Tiga tahun lalu, saya mohon rumah di bawah program Baiti Jannati oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), ia diluluskan namun pembinaannya tertangguh akibat Covid-19.

“Dalam tempoh menunggu itu, rumah pusaka yang dihuni kami bersama lima anak semakin uzur dengan atap bocor dan tandas di luar rumah hanya menggunakan papan lapis dan kanvas sebagai dinding penghadang.

“Mac tahun lalu, kami ambil keputusan menyewa sebuah rumah lain. Alhamdulilah, hujung tahun lalu rumah baharu kami mula dibina dan tidak sampai dua bulan ia siap dibina dan boleh kami dudukinya,” katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis penyerahan Rumah Baiti Jannati TNB Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Titian Akar di sini.

Yang hadir sama, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, Muhamad Allif Ibrahim dan Pengurus Perhubungan Pemegang Taruh TNB Negeri Sembilan, Zahrul Effendy Shahid.

Pengurus Besar TNB Negeri Sembilan, Mahamad Farizan Mahamad berkata, Baiti Jannati merupakan salah satu program tanggungjawab korporat TNB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya