KANGAR : Kesemua tiga bahagian UMNO di negeri ini mendapat ketua baharu dengan Kangar paling mencuri tumpuan selepas Datuk Fathul Bari Mat Jahya menewaskan penyandang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Azlan Man. Fathul Bari memperoleh sebanyak 368 undi meninggalkan bekas Menteri Besar itu yang mendapat 179 undi. Di Arau, dominasi hampir 30 tahun Datuk Seri Shahidan Kassim berakhir apabila bahagian tersebut mendapat ketua baharu setelah Datuk Rozabil Abd. Rahman menang tanpa bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu. Shahidan dipecat daripada UMNO tahun lalu selepas bertanding…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya