Tiga beradik kembar tidak pernah berpisah sekolah

Tiga beradik kembar tidak pernah berpisah sekolah

Julaila Yahya (kanan) beramah mesra dengan pasangan kembar tiga ketika mereka mendaftar tingkatan satu di Dewan Seri Pulai, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sejak sekolah rendah, tiga beradik termasuk dua daripadanya pasangan kembar tidak pernah berpisah dan sentiasa bersama dalam satu kelas.

Malah, memasuki alam sekolah menengah, mereka cukup gembira dan teruja apabila sekali lagi dapat bersama memasuki Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) di sini.

Ketiga-tiga mereka iaitu Ibnu Qayyim Zuhair Ahmad Zakwan; Ibnu Rushdi dan Ibnu Zuhri menerima tawaran melanjutkan pembelajaran tingkatan satu di sekolah berasrama penuh itu.

Ibnu Qayyim berkata, ketiga-tiga mereka sememangnya amat rapat dan tidak pernah berpisah sejak dari kecil di samping turut belajar sekelas sewaktu di sekolah rendah.

“Kami memang sudah merancang untuk sambung belajar di SMSTSP dan apabila mendapat tawaran ini, sudah semestinya saya dan adik-adik amat gembira kerana kami masih dapat belajar satu tempat yang sama,” katanya ketika ditemui pada sesi hari pertama pendaftaran persekolahan itu di sini hari ini.

Sementara itu, ibu kepada tiga beradik itu, Sharifah Hasnida Syed Ahmad, 44, berkata, anak-anaknya tidak pernah berpisah sejak tadika walaupun mereka dilahirkan pada tahun berlainan. 

Ujarnya, Ibnu Qayyim dilahirkan pada bulan Februari 2010 manakala pasangan kembarnya, Ibnu Rushdi dan Ibnu Zuhri pula dilahirkan pada 1 Januari 2011.

“Anak-anak yang lahir pada tanggal 1 Januari ini terikat dengan sistem dinamakan kohort di mana mereka harus masuk sekolah setahun awal dari kanak-kanak yang lahir pada tahun sama dengan mereka.

“Disebabkan itulah pasangan kembar ini dapat belajar sekelas dengan abangnya walaupun mereka lahir pada tahun berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, Pengetua SMSTSP, Julaila Yahya berkata, seramai 143 orang pelajar tingkatan satu dan 32 pelajar tingkatan empat telah menerima tawaran bagi mengikuti pembelajaran di sekolah berkenaan pada tahun ini.

Katanya, pada kali ini, SMSTSP agak bertuah kerana menerima pelajar baharu terdiri daripada tiga beradik di mana dua daripadanya adalah kembar bersama satu lagi pasangan kembar lain.

“Saya turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada sekolah ini dan kami juga berharap kehadiran pelajar ini bukan sahaja menambah kemeriahan malah turut menjadi kebanggaan sejajar dengan slogan sekolah iaitu ‘Di Sini Pemimpin Dilahirkan’,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya